Klub Haus Buku

22 Juni 2008

Orang Cina Menolong Penerbit Melayu Pada tahun 1988

Filed under: Komentar Buku — opungregar @ 20:32
Tags:

Oleh : Sifu** Pn. Ainon Mohd

Bukan Kerajaan BN, Bukan DEB, tetapi Orang Cina Juga yang Menolong Penerbit Melayu Pada tahun 1988, Sifu** meletakkan jawatan di DBP kerana nekad mahu menjadi trainer Lateral Thinking. Di depan DBP, di deretan kedai-kedai di Jalan Maharajalela, ada sebuah pejabat peguam Cina. Kami kenal sebab sesekali kami makan di gerai bawah pokok yang sama. Peguam itu kasihan kepada Sifu yang tercari-cari ruang pejabat. Dia pun menyuruh stafnya   mengosongkan sedikit ruang di pejabatnya, supaya saya dapat sewa.
Saya pun tidak tahu di mana hendak mencari kontraktor supaya buat dinding pemisah. Peguam Cina itu pun menelefon kawannya, seorang kontraktor Cina. Lalu dengan harga RM1800, saya pun dapat ruang 10’X8′ pejabat dengan sewa RM400 sebulan. Dia izinkan saya tumpang tandasnya.
Sewaktu kontraktor Cina itu hendak mula membuat dinding partition, saya minta dia buat bilik untuk saya. Kata kontraktor itu, “Jangan buat bilik,” katanya menasihati saya. Padahal, kalau saya buat bilik, dia lebih untung. “Tunjukkan semua staf yang kamu ada. Nanti orang akan
nampak ofis kamu sibuk, macam banyak bisnes,” dia menasihati saya. Kemudian dia sambung lagi, “Jangan beli meja baru. Kamu beli meja di kedai second-hand. Bila orang nampak meja kamu sudah lama, mereka sangka kamu sudah lama bisnes.”
Pada satu hari, pagi-pagi lagi peguam Cina itu masuk ke pejabat saya lalu duduk. Saya terkejut! Rupa-rupanya dia datang memberi nasihat “Kamu dengar berita buruk malam tadi?” katanya. Berita itu adalah berita tentera Saddam Hussain menyerang Kuwait. “Kamu jangan beli apa-apa.
Simpan setiap sen yang kamu ada. Kita tidak tahu apa akan jadi pada ekonomi. Kalau tak mati, jangan belanja!” Begitulah dia menasihati saya. Pada 2000, apabila PTS Publications baru ditubuhkan, dalam keadaan tidak cukup modal, 2 buah pencetak Cina telah sanggup mencetak buku-buku. PTS dengan memberi kredit 90 hari, tanpa meminta sebarang cagaran, semata-mata berdasarkan kepercayaan terhadap nama baik AINON MOHD dan Prof. ABDULLAH HASSAN atas rekomendasi personal seorang sahabat Melayu yang kenal baik kedua-dua towkay Cina itu.
Disebabkan pencetak Cina itu mengambil risiko ratusan ribu ringgit, mereka sentiasa memberi ‘kuliah’ kepada staf PTS yang pergi ke kilang  mereka atas urusan cetak-mencetak. Macam-macam teguran, nasihat dan leteran yang mereka sumbat ke telinga staf PTS, semata-mata supaya PTS survive dan dapat membayar hutang percetakannya. Salah seorang towkay itu berkata begini kepada staf PTS: “Lu Melayu, lu bukan bodoh. Kalau lu bodoh, lu boleh masuk universitikah? Lu jangan dengar cakap Mahathir. Dia kata Melayu bodoh. Lu jangan dengar dia….
blah, blah, blah.”
Apabila buku-buku PTS sudah terbit, pegawai-pegawai Cina di KINOKUNIYA, kemudian MHP, kemudian POPULAR membantu menjual buku-buku PTS. Mereka memberi banyak nasihat bagaimana merancang judul buku-buku yang laku dijual dalam kedai-kedai mereka.Apabila PTS perlu membeli bangunan sendiri, pengurus Cina dari
PUBLIC BANK yang bersungguh-sungguh membantu meluluskan permohonan pinjaman RM3 juta. Malah beliau membantu memberikan tambahan RM1 juta modal operasi dengan mencagarkan bangunan yang kita beli itu. Sekarang, Encik Law, Chairman MABOPA dan Pengerusi SASBADI, penerbit buku bersilabus yang terbesar di Malaysia, beliau me-mentor-i
pegawai-pegawai PTS yang berkhidmat dalam jawatankuasanya, dengan memberikan nasihat demi nasihat bagaimana cara yang betul menguruskan PTS supaya terus berkembang dan membesar. Bangunan-bangunan yang kami sewa sekarang adalah milik Cina. Agen Cina juga yang membantu kami mencari bangunan kilang yang menjadi depot PTS di Batu Caves.
PTS berhutang budi kepada orang-orang Cina yang mendukung kita sehingga berjaya menjadi seperti keadaannya sekarang.
Orang-orang UMNO tidak putus-putus memomok-momokkan orang Melayu supaya jangan percaya kepada keikhlasan Cina, supaya mencurigai mereka, supaya takutkan mereka, supaya bencikan mereka. Pengalaman kami di PTS, orang Cinalah yang dengan ikhlas membantu dan
membimbing PTS sehingga berjaya menjadi penerbit ‘tradebooks’ dalam Bahasa Melayu yang terbesar dalam tempoh 7 tahun sahaja.
Jika ada bisnesman Melayu yang Cina tidak mahu tolong, puncanya adalah perangai buruk bisnesman Melayu itu sendiri. Lazimnya, mereka itu tidak mahu membayar hutang. Siapa pula yang mahu menolong orang yang tidak mahu membayar hutangnya. Kalau Cina tidak bayar hutang, sesama Cina pun tidak mahu menolong Cina itu. Bagi orang Cina, duit adalah Tuhan, duit tak kenal kaum. Cina akan tolong sesiapa sahaja, asalkan dia untung. Kita orang Melayu mesti  berdisiplin membayar hutang, barulah Cina suka menolong kita berjaya dalam bisnes

6 Komentar »

  1. Bersangkutan dengan isu DEB yang digembar-gemburkan oleh media dewasa ini, bersama-sama ini saya sertakan artikel yang ditulis oleh Pn. Ainon Mohd., Pengerusi PTS Publications & Distributors. Diharap artikel ini memberi sedikit pencerahan kepada tuan puan mengenai situasi sebenar ekonomi di Malaysia.
    Tulisan2 Pn. Ainon Mohd. yang lain boleh tuan/puan dapatkan di
    http://www.universi tipts.com Sekian untuk makluman dan renungan kita bersama.

    Terima kasih.
    Catatan:
    **Sifu dalam artikel ini merujuk kepada Pn. Ainon Mohd. Memandangkan beliau juga adalah pembimbing kepada tim penulis di PTS Publications & Distributors.

    Komentar oleh Kholid Chemical Romance — 22 Juni 2008 @ 20:54 | Balas

  2. Atas kertas DEB memang nampak menguntungkan orang Melayu atau kaum Bumiputera tapi realiti yang berlaku adakah benar begitu?? Bukankah DEB telah dianggap gagal kerana pencapaiannya amat jauh dari sasaran?? Saya tidaklah arif sangat tentang dunia perniagaan tapi apa yang selalu saya dengar keistimewaan yang memberi laluan mudah kepada kontraktor-kontrakt or Melayu terutama bagi melaksanakan projek-projek besar selalunya diALIBABAKAN walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk mennyekatnya. Ia sukar dihapuskan kerana kebanyakan nya melibatkan orang-orang politik yang mempunyai kaitan dengan sesuatu syarikat
    perniagaan. Maka DEB ini mungkin mengkayakan beberapa kerat orang Melayu tapi majoriti Melayu akan terus merempat!!
    Mungkin saranan oleh YB Dato’ Dr Hassan Mohd Ali agar semua ADUN negeri Selangor ?tidak terlibat dengan perniagaan dapat menghindarkan perkara ini. Samada DEB dihapuskan atau tidak ianya mungkin tidak banyak memberi faedah kepada majoriti umat Melayu namun wajar dikaji sebagaimana saranan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.
    Wallahua’lam.

    Komentar oleh Kholid Ali — 22 Juni 2008 @ 21:01 | Balas

  3. Jika peluang perniagaan tidak selaras dengan kemahiran yang ada, ini akan menimbulkan masalah.
    Contohnya, ahli politik Melayu mempunyai peluang yang luas untuk mendapat kontrak kontrak kerajaan dan swasta, tetapi mereka tidak mempunyai kemahiran yang cukup dalam bidang perniagaan yang diceburi.
    Manakala orang Cina pula mempunyai kemahiran perniagaan yang mantap berbanding dengan orang Melayu, tetapi mereka tidak mempunyai peluang yang sama seperti orang Melayu, terutamanya ahli politik Melayu. Oleh itu untuk memjalankan sesuatu projek dengan jayanya, kedua dua orang Melayu dan orang Cina terpaksa “kahwin” untuk melaksanakan kontrak
    yang berjaya diperolehi.
    Fenomena ini elok atau tidak, itu saya kurang pasti. Tetapi yang saya pasti ialah, jika peluang perniagaan tidak selaras dengan kemahiran yang ada , masalah akan pasti timbul. Apabila masalah timbul, kebiasaannya kita akan timbulkan pula isu perkauman untuk menutup
    kesalahan/ keburukan masing masing. Siapa yang ajar kita ini semua? Sesiapa sahaja yang jadi pemerintah, dialah sebenarnya mengajar kita rakyat, samada dalam perkara baik atau buruk..

    Komentar oleh Kholid Ali — 22 Juni 2008 @ 21:34 | Balas

  4. Bingung Pilih Buku AQWAMAqwam :: Jembatan Ilmu :: – Wednesday, 02 July 2008© Aqwam :: Jembatan Ilmu ::

    Komentar oleh opungregar — 1 Juli 2008 @ 23:45 | Balas

  5. Info Buku :Persekutuan Aneh Pemukim Cina (Penerbit LKiS),Price perUnit(piece): Rp 63.500

    Penulis ini buku ini, Leonard Blusse, mengajak kita untuk menelusuri misteri peristiwa lama di masa awal dan era keruntuhan Batavia. Peristiwa-peristiwa yang penting sekaligus aneh menyangkut apa yang di masa itu disebut ‘hubungan-persetubuh an antara orang-orang Belanda dan Cina di Batavia, proses interaksi antara VOC dengan Hindia Belanda, baik yang bersifat pribadi maupun golongan; peristiwa-perstiwa yaang memberikan entitas dan jejak tersendiri terhadap konstruksi atas kenyataan kekinian, baik menyangkut relasi etnisitas, perdagangan/ kapitalisasi, gender, perang, maupun hancurnya imperium atau monarki bisnis dan politik.’

    Judul:Persekutuan Aneh Pemukim Cina, Penulis:Leonard Blusse, Jumlah Halaman:xx + 532 hal, ISBN:979-3381- 72-8, Terbit:8/1/2004

    Komentar oleh Dunia Buku — 3 Juli 2008 @ 08:28 | Balas

  6. Dari : Dixigraf Info
    Professional Publishing Service
    Jika Anda mengutak-atik standar rugi laba sebuah perusahaan penerbitan, akan diperoleh biaya pokok produksi editorial penerbitan itu bisa mencapai 2% atau lebih dari total biaya penerbitan. Namun, dengan metode outsource pengerjaan editorial dari mulai akuisisi naskah-editing-desain interior (layout)-desain cover, perusahaan penerbitan Anda bisa menghematnya lebih murah. Bahkan, dengan benefit lain bahwa Anda:
    – tidak perlu menggaji personel penerbitan untuk pekerjaan teknis;
    – tidak perlu dipusingkan oleh persoalan teknis maupun nonteknis SDM;
    – tidak perlu investasi peralatan penerbitan.

    Komentar oleh opungregar — 26 Agustus 2008 @ 21:59 | Balas


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d blogger menyukai ini: