Klub Haus Buku

12 Juni 2008

Pejuang Palestin Serbu Sempadan

Filed under: Politik Internasional,Sempadan — opungregar @ 18:10
Tags:
BANDAR RAYA GAZA – Seramai dua lelaki Israel dan tiga rakyat Palestin terbunuh semalam akibat letupan di Gaza selepas pejuang-pejuang Palestin menyerbu lintasan dengan Israel.

Serangan yang berlaku pada awal pagi itu menyebabkan suasana tenang selama hampir sebulan di Gaza kembali bergolak.

Para pegawai keselamatan Israel berkata, para pejuang Palestin menceroboh sempadan di lintasan Nahal Oz di bandar Gaza dan memasuki Israel dengan sejumlah senjata api.

Kumpulan berkenaan menyebabkan dua rakyat awam Israel terbunuh dalam insiden yang disifatkan cubaan penculikan yang gagal.

Pihak polis berkata seorang rakyat Palestin terbunuh, seorang ditangkap manakala dua lagi berjaya melarikan diri ke Gaza setelah pihak berkuasa bertindak selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Operasi berkenaan dipercayai dilakukan oleh Jawatankuasa Rintangan Popular, pergerakan Jihad Islam dan Mujahidin.

Beberapa minit kemudian, sebuah jet tentera Israel membedil sebuah kereta yang dipercayai membawa kumpulan Jihad Islam mengakibatkan tiga cedera termasuk seorang parah, kata para pegawai perubatan.

Operasi darat turut dilancarkan dengan beberapa kereta kebal Israel memasuki Gaza menerusi Nahal Oz menyebabkan dua rakyat awam Palestin terbunuh setelah bedilannya mengenai sebuah rumah berhampiran, kata anggota-anggota perubatan. – AFP

5 Komentar »

  1. Astagfirullah,, semoga saudara-saudari kita di Palestin bisa tetap tawakal dan kuat,,sesungguhnya pertolongan Allah begitu dekat,,Allahuakbar…Allahuakbar…

    Komentar oleh elvina diah — 14 Juni 2008 @ 13:57 | Balas

  2. Saya ingin menawarkan 100buku utk perjuangan palestin. setiap pembelian melalui saya, dari sekarang, RM5 akan dihadiahkan kepada perjuangan palestin.
    Untuk sape yg ada lebih skit, boleh lah tambah rm2, kerana kos courier RM4 saya yg tanggung pada masa. tak boleh hantar pos biasa coz ada 2-3 yg tak sampai. Minyak courier saya belum naik lagi..keh3 ..
    hamdy 013 3696712 w3.rancanghidup. blogspot. com
    Penulis Buku Baru Terbit: RancangHidup RancangWang RM18. MPH Promotion: w3.mph.com.my/ cari rancang hidup rancang wang.
    Memperkenalkan Buku “Dunia Tanpa Suami” Roha Hassan RM 12+ 4postage maybank 562106051253 Haron Mohd Yusof kenapa tidak mengembangkan amal jariah anda dengan fwd artikel2 saya yang anda bersetuju dengan artikel itu.

    Komentar oleh Hamdy — 23 Juni 2008 @ 01:53 | Balas

  3. Hanya sedikit orang Palestina yang mau terbuka dengan kejujuran seperti yang dimiliki Raja Shehadeh (New York Times Book Review.)

    Komentar oleh Mirna Y — 16 Juli 2008 @ 17:23 | Balas

  4. Pertemuan dunia Barat dengan Palestina mungkin adalah drama yang paling panjang dalam sejarah. Bukan dramaku, meskipun mungkin aku punya peran kecil di dalamnya. Aku ingin percaya bahwa hubunganku dengan negeri ini, tempat aku selama ini tinggal, adalah langsung, dan tidak melalui perantara kata-kata yang ditulis mengenainya, yang seringkali penuh distorsi.

    Komentar oleh Mirna Y — 16 Juli 2008 @ 17:25 | Balas

  5. Ini bukan novel Mev, ini nonfiksi, catatan perjalanan berdasarkan kisah nyata penulisnya, Raja Shehadeh.
    Shehadeh bercerita dengan indah dan enggak seperti buku-buku tentang Palestina lain yang isinya bom sana bom sini, pokoknya beda deh… hehe promosi, teteeep.telemarketing@ gramedia. com.

    Komentar oleh Mirna Y — 10 Agustus 2008 @ 22:39 | Balas


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d blogger menyukai ini: