Klub Haus Buku

12 Juni 2008

Husam beri komitmen bantu biayai pendidikan Azreen

Filed under: Gratis,Pendidikan — opungregar @ 17:35
Tags:
Wan Nordin Wan Yaacob
Thu | Apr 10, 08 | 12:07:45 pm MYT
SEREMBAN, 10 April (Hrkh) – Naib Presiden PAS, Dato’ Paduka Husam Musa menyatakan komitmennya untuk menguruskan pembiayaan pendidikan adik Che Siti Azreen Che Ishak 13 yang diarikan ke Indonesia oleh warganegara Indonesia baru-baru ini.

Jurucakap Kijang Care, Alex Ong yang menghubungi Harakahdaily pagi tadi berkata, usaha itu dilakukan selepas Azreen pulang ke Malaysia.

Alex Ong adalah wakil Kijang Care dan Migrant Care yang berjaya menjejaki Azreen di Lombok Timur Sabtu lalu melalui rakan-rakannya di Lombok antaranya, Rhoma Hidayat yang menjadi penghubung Alex di sana.

Menurut Alex, pembiayaan itu akan dibuat melalui Kijang Care yang mana satu badan bukan kerajaan yang diketuai Husam yang turut membantu dalam usaha menjejaki Azreen di Lombok Timur Indonesia sejak remaja itu hilang Disember lalu.

Mengulas mengenai perkembangan terkini Azreen di Jabatan Kebajikan Sosial Lombok Timur, Aex berkata pihaknya disana telah mengusahakan seorang Muslimah yang memantau dan memberikan perhatian kepada Azreen.

“Kita dapat banyak respon dari banyak pihak yang bertanyakan soal pemantauan dan pemerhatian Azreen disana sebelum kita mempertemukan bapanya, Che Ishak Che Kob dalam jangamasa terdekat ini

“Kita telah mengusahakan seorang Muslimah yang telahpun membantu dalam hal tersebut di sana” tegas Alex.

Sementara itu Alex turut memaklumkan bahawa rombongannya bersama Che Ishak dan Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani berkemungkinan akan berangkat pada 15 April ini ke Lombok Timur untuk mempertemukan Che Ishak dengan anaknya di sana.

Sebelum ini Che Ishak dilaporkan tidak akan menghalang status pernikahan anaknya dengan lelaki yang membawa anaknya ke Lombok, Toni Wijaya atau Supardi.

“Kalau itu dah jodohnya saya nak buat macam mana, tapi saya nak sangat bertemu dengannay dan membawanya pulang ke pangkuan keluarga ibunya sangat rindu kepadanya, kami tak selera nak makan, tetapi seepas dengar khabar dari Aex bahawa Azreen telah ditemui, lapang rasa dada saya,” kata Che Ishak yang ditemui di rumahnya di Kampung Ulu Sawah, Rantau Negeri Sembilan semalam.

Pertemuan yang diadakan Alex di rumah Che Ishak semalam antara lain bertujuan mengusahakan urusan dan dokumentasi perjalanan ke Indonesia bagi mempertemukan Che Ishak dengan anaknya itu.

Dalam pertemuan di rumah Che Ishak semalam, Adun Paroi telah memberikan sumbangan pada keluarga terbabit untuk membantu meringankan beban yang dihadapi.

Taufek turut berjanji untuk memantau perkembangan keluarga tersebut dari semasa ke semasa.

Akhbar harian menyebut Azreen, 13, yang hilang sejak Aidiladha lalu dipercayai menjadi mangsa pukau seorang lelaki warga Indonesia yang juga jirannya ditemui semula di Desa Terentem, Dusun Kabar, Lombok Timur, Indonesia, Jumaat lalu.

Che Ishak yang berasal dari Kelantan dan kini menetap di Ladang Ulu Sawah, Kuala Sawah, Rantau dekat sini, berkata beliau diberitahu Migrant Care sebuah organisasi sukarela yang bertanggungjawab mengenai buruh Indonesia bahawa anaknya sudah ditemui.

Remaja itu kini dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan tidak cedera serta berada dalam jagaan Jabatan Kebajikan Sosial Lombok Timur, manakala lelaki 27 tahun yang melarikannya sudah ditahan pihak berkuasa tempatan.

Che Ishak dijangka ke Lombok dalam minggu ini bagi menemui dan membawa pulang anaknya dengan kerjasama sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Kijang Care yang turut membiayai kos perjalanan dan pasportnya.

Untuk makluman, Rantau adalah kawasan Dun yang diwakili oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Mohamad Hassan dan Dun tersebut adalah di bawah Parlimen Rembau yang mana ahli Parlimennya ialah, Khairy Jamaluddin./ wann.

— “WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASAN YA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN MENGHORMATI, BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!” “Wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu sesuatu berita,maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya ) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan.” ( al-Qur’an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

3 Komentar »

  1. Salam buat semua,
    Saya ingin mencari pasangan hidup buat dua adik perempuan saya yang
    berumur sekitar 29 tahun. Masing-masing keberatan untuk mencari
    kenalan sendiri atas kerana kesibukan tugas kerja dan malu.
    Insyaallah mereka ini muslimah yang solehah, bertudung,
    bertanggungjawab, peramah, tiada masalah kesihatan atau berat badan
    dan memiliki paras rupa yang menenangkan. Ibu saya pernah cuba untuk
    mencarikan pasangan bagi adik-adik saya, namun tidak berjaya atas
    sebab-sebab kesihatan. Adik-adik saya amat tidak menyenangi pergaulan
    dengan bukan muhrim yang melibatkan persentuhan yang mungkin akan
    menjurus kepada maksiat. Mungkin sifat adik-adik saya ini dianggap
    ketinggalan zaman oleh kebanyakan pihak, jadi saya mengharap agar
    masih ada yang mementingkan nilai-nilai agama dalam perhubungan.
    Ciri-ciri yang dicari adalah lelaki yang soleh, mampu membimbing
    isteri dan anak, jujur, ikhlas, bertanggungjawab dan seelok-eloknya
    bujang.
    Jadi, jika ada sesiapa yang ingin mengenali lebih dekat mengenai adik-
    adik saya, sila hubungi ibu saya di nombor 012-3479604.

    Wasallam,
    Ummu Umar

    Komentar oleh Afizah Affandi — 5 Juli 2008 @ 15:10 | Balas

  2. saya pun cari jodoh ..dah 33 tak kawin… nama saya zaharuddin abd majid lahir 2 oktober 1976 ,tingi5’7 berat 67kg pandai masak kemas umah… sebab dah di didik dr kecik oleh fmly angkat saya… saya tak selalu online… tapi kalau awak ikhlas saya pun ikhlas nak berkenalan.. . moga ALLAH buka jalan untk perkenalan ini … ini semua ketentuan nya… baik buruk ia yg menentukan.. . ni hp number saya harap tak di sebar kan plak ia…tak minat awak delete je msg ni ya -017-2580656 pangil saya zahar. INSYALLAH persahabatan kita ini di berkati ALLAH…. tak salah kan kita merapatkan siratulrahim. ..
    ini saja dapat saya explain kat awak buat permulaan… saya tengah tersipu sipu segan nak menyatakan perkara di atas …ni pertama kali saya buat statement begini..WALLAHUALLA M… Gerak hati kali ini bagai di beri laluan untuk semua ini.sekian.wassalam, semoga kita sama sama berdoa untuk kesehjahteraan umat islam sedunia mahu yang hidup atau mati yang benar,
    Zaharruddin Abd Majid, 017-2580656, kl.

    Komentar oleh Ikhwanul Muslimun — 5 Juli 2008 @ 15:19 | Balas

  3. Terima kasih, telah mengunjungi blog Klub Haus Buku, informasi dan komentar yang Anda tinggalkan dan apa yang Anda harus sampaikan, apa yang harus dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan, sangat bermanfaat bagi kami. Kami ingin terus berinteraksi dengan Anda dan menciptakan hubungan social melalui diskusi online lewat blog ini.
    Kami dari komunitas Klub Haus Buku mencoba membangkitkan kembali sprit Gemar-Membaca Mengasyikkan dan Membikin Hidup Lebih Bermakna. Komunitas ini juga mendiskusikan banyak hal tentang buku dan dunia perbukuan yang telah sedemikian maju dan berkembang pesat di Indonesia.
    Kunjungi terus blog ini dan tinggalkan pesan, saran dan apa pun saja komentar, demi kebaikan dan kebersamaan selalu bermanfaat bagi khalayak ramai pilih salah satu blog ini untuk posting komentar Anda, di alamat ini : http://klubhausbuku.WordPress.com, http://klubhausbuku.blogspot.com, http://bookhunerclub.yahoo/group.com, http://my.opera.com.Opungregar.blog, http://opungregar’s.Weblog.WordPress.com, http://redingcomunity.WordPress.com, http://my.opera.com/Regard/blog
    Salam, Opung Regar

    Komentar oleh opungregar — 30 Juli 2008 @ 02:00 | Balas


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Buat situs web atau blog gratis di WordPress.com.

%d blogger menyukai ini: