Klub Haus Buku

20 Mei 2008

Kenyataan penuh Dr. Mahathir

Filed under: Politik Internasional — opungregar @ 11:13
Tags:
Kenyataan penuh Dr. Mahathir Cetak E-mail
Oleh Dr Mahathir Mohamad
Selasa, 20 Mei 2008
HARI ini, Mei 19, 2008 saya mengumumkan keputusan saya untuk keluar daripada UMNO. Isteri saya turut bersama.Keputusan ini dibuat kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuh 62 tahun dahulu yang berjuang untuk bangsa Melayu, Agama Islam dan Negara Malaysia (Malaya); UMNO yang menggagalkan Malayan Union, memperjuangkan kemerdekaan Malaya dan Malaysia dan membangunkan Malaysia sehingga menjadi Negara yang termaju di antara Negara membangun di dunia.

UMNO yang ada sekarang hanya wujud untuk menyokong Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, keluarganya dan tindakan serta dasar yang tidak secocok dengan kepentingan bangsa, agama dan negara.

Kepimpinan Dato Seri Abdullah jelas membawa kekalahan dan bencana kepada Barisan Nasional, UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Kemenangan UMNO di Sabah dan BN di Sarawak bukan kerana kepimpinan Dato Seri Abdullah.

Saya akan jelas satu persatu dasar-dasar dan tindakan Dato Seri Abdullah yang menjadikan Kerajaan pimpinannya dan parti BN dibenci oleh ahli-ahli parti komponen sendiri.

Walaupun sebelum perisytiharan ini saya adalah ahli UMNO tetapi sebenarnya selepas saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri saya tidak dilayan sebagai ahli UMNO.

Saya tidak dibenarkan berjumpa ahli UMNO dan ahli UMNO tidak dibenarkan hadir apa-apa perhimpunan di mana saya dijemput sebagai jurucakap atau penyampai ucapan.

Menteri-Menteri yang dahulu berada dalam Kabinet saya tidak dibenarkan atau tidak berani atau tidak mahu jumpa saya lagi.

Jemputan oleh UMNO dan bukan UMNO kepada saya diarah ditarik balik oleh Mneteri Besar dan Polis.

Ramai pemimpin UMNO melepaskan kata-kata kesat kepada saya dan ada yang menyuruh saya keluar daripada UMNO walaupun mereka baru sahaja masuk UMNO. Tidak ada pemimpin UMNO yang pertahankan saya secara terbuka.

Wakil ke Perhimpunan Agong tidak dibenarkan menyuara pendapat mereka. Mulut semua orang ditutup.

Yang didengar hanyalah media arus perdana yang memuji Dato Seri Abdullah sehingga dia percaya dia begitu popular dan akan sapu bersih parti lawan dalam pilihanraya umum ke-12.

Hasilnya ialah kekalahan yang teruk bagi Barisan Nasional. Malangnya mesej yang hendak disampaikan oleh pengundi dan penyokong BN tidak dapat difahami oleh Dato Seri Abdullah.

Dia masih berkata dia menang. Ini sukar diterima oleh orang Kedah, orang Pulau Pinang, orang Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Oleh kerana Dato Seri Abdullah buta mata dan pekak telinga dan tidak faham mesej ahli BN, oleh kerana ahli UMNO pun turut bersama, oleh kerana proses demokrasi tidak berjalan, oleh kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuhkan 62 tahun dahulu, saya berpendapat penyertaan saya sebagai ahli UMNO tidak bermakna dan tidak berguna lagi.

Justeru itu saya ingin umumkan bahawa saya sudah keluar daripada UMNO.

Saya ingin tegaskan bahawa saya bebas dan tidak menyokong mana-mana parti lawan.

Saya akan pohon untuk masuk UMNO apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah berhenti daripada menjadi Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia.

Dr Mahathir bin Mohamad (bekas ahli UMNO No 1)
Dr Siti Hasmah binti Mohd Ali (bekas ahli UMNO No 2)

2 Komentar »

  1. Sanusi Junid ikut jejak ‘sifu’
    Oleh Mstar
    Isnin, 19 Mei 2008
    VETERAN Umno Tan Sri Sanusi Junid turut mengikut jejak Tun Dr Mahathir Mohamad keluar dari Umno.

    “Saya akan buat kenyataan lengkap saya sendiri nanti. Buat masa ini, cukuplah kalau saya katakan saya juga sudah keluar Umno,” katanya kepada mStar.

    Sanusi yang merupakan antara pengikut setia Dr Mahathir dan bekas setiausaha agung Umno ketika krisis parti 1988 enggan memberikan ulasan lanjut.

    Berjuang,berjuang, berjuang dan terus berjuang!!!
    Visit My Blog : http://perisikrakya t.blogspot. com/

    Komentar oleh opungregar — 20 Mei 2008 @ 12:18 | Balas

  2. Pemimpin Melayu terlalu pendek fikiran. Yang Anwar terkejar cara menidakkan dosanya, Pak Lah pula merebut peluang mengaibkan musuhnya. Yang rugi umat Melayu Islam akhirnya.

    Gara-gara kedua-dua ‘pemimpin Melayu’ ini bersekongkong memperagakan, memperbicarakan DVD Lingam yang mencelakakan, seorang Ketua Menteri Cina sudah bersuara supaya kes-kes lama hakim-hakim Melayu yang telah dimalukan dibuka semula.

    Yang kes si Lim yang dipasang oleh Chin abad lepas Melayu nak peduli apa? Masalahnya, kes Lina Joy pun mungkin dibuka semula! Selepas Tun Fairuz berjasa menutupnya, kerja Pak Lah dan Anwar membukanya semula! Astaghfirullah!

    Mungkin ada Melayu yang ingin mengesyorkan diri bahawa kes Lina Joy diputuskan ikut prinsip undang-undang dan tiada pengaruh lain yang boleh mengubah keputusan tersebut. Memang betul juga yang penting adalah rakyat ingin Mahkamah bebas dari tuduhan tidak telus dan penuh rasuah.

    Namun tidakkah terfikirkah Melayu kenapa Bar Council yang sememangnya sekular dan sentiasa mencabar ketuanan Melayu turut mencanang kejatuhan Fairuz hasil paparan DVD durjana tersebut. Ini sejak Fairuz menolak tuntutan Lina Joy yang memaksa Melayu subahat dalam murtadnya. Ini sejak Fairuz mengisytiharkan keinginnya membawa undang-undang negara merapati lunas-lunas Islam & menjauhi Common Law tingalan penjajah?

    Pada masa musuh-musuh Melayu dalam gembira, haruskah Melayu bersorak sama? Belum tiba lagikah masa menolak pemimpin yang durjana?!

    Seperti kata seorang temanku yang setia,”Masalah melayu berputar kepada kegilaan kuasa. Mudharat orang melayu datang dari pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri. Sekarang semakin suntuk masa untuk orang melayu mempertahankan hak kita.

    Dari Melaka ke Malayan Union negara kerap digadaikan oleh pemimpin dan raja, hinggalah semua tersedar dan bersatu menentang musuh bersama. Terpulanglah kepada semua kaum melayu untuk membela nasib bangsa. Kepimpinan yang suci datang dari keikhlasan. Keikhlasan datang dari kebenaran.”

    Komentar oleh opungregar — 20 Mei 2008 @ 12:29 | Balas


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d blogger menyukai ini: