Klub Haus Buku

20 Mei 2008

Kenyataan Media Presiden PAS berkaitan Tun Mahathir

Filed under: Politik Internasional — opungregar @ 11:33
Tags:

Dilulus terbit pada Monday, May 19 @ 20:57:35 MYT oleh SongkokPutih
Kenyataan Media Oleh Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang

 Tindakan Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohammad mengumumkan keluar dari Umno hari ini merupakan satu tindakan yang radikal sekaligus membuktikan betapa Umno kini berada dalam keadaan yang sangat parah, dengan penyakit rasuah, amalan tidak demokratik dan penipuan yang bukan hanya diamalkan dalam pilihan raya malah sesama mereka sendiri di dalam parti. PAS merasakan tindakan Tun ini turut membuktikan yang Umno sudah tidak layak lagi diberikan kepercayaan untuk menjadi penyelamat negara, bangsa Melayu dan agama Islam.

PAS sentiasa tegas dan konsisten dengan Islam sebagai penyelamat kepada bangsa Melayu dan negara seluruhnya. PAS sentiasa terbuka kepada semua pihak yang bersedia melakukan “islah” atau perubahan samada ianya Pakatan Rakyat yang sedia ada atau pihak Umno sendiri yang bersedia melakukan perubahan dengan syarat-syarat berikut:

1. Pihak berkenaan hendaklah mengekalkan kepimpinan Melayu Islam yang baik
2. Berlaku adil kepada semua rakyat pelbagai kaum dan agama sebagai penyelesaian kepada masalah masyarakat majmuk
3. Perpaduan Melayu mestilah dipelihara berasaskan Islam manakala perpaduan rakyat pelbagai kaum,dan agama dibentuk berasaskan keadilan dan hak yang adil buat semua
4. Proses prubahan hendaklah berlaku secara berakhlak, luhur dan berlandaskan etika yang baik
PAS sangat berpengalaman dalam arus politik negara dalam apa sahaja situasi dan keadaan sejak Merdeka sehinggalah ke hari ini. PAS pernah memimpin kerajaan negeri, menyertai kerajaan campuran diperingkat pusat, bekerjasama dengan pakatan pembangkang dan malah pernah bersendirian sebagai pembangkang. PAS akan mengkaji pengalaman ini dari masa ke semasa, bersama Pakatan Rakyat dan jika perlu menegur Pakatan Rakyat disamping memberi perhatian dan mengkaji perubahan yangs edang berlaku dalam Umno pasca pilihan raya, demi menyusun langkah dan strategi yang sebaik-baiknya demi masa depan negara.

Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang
Presiden PAS

5 Komentar »

  1. Civil society movements, NGOs and the Malaysian Bar Council must not remain silent. The police have already detained the doctor for three days but he still refuses to doctor his medical report. Anwar did not sodomise Saiful and the doctor’s report says it very clearly. And the police also have a copy of this same report that I have published below so they know what I know. And now Malaysians also already know what I and the police know — that Saiful was never sodomised by anyone.

    Komentar oleh Nayan — 30 Juli 2008 @ 15:59 | Balas

  2. Jumpa doktor pakar sakit perempuan dan dia boleh memperbetulkan pusingan haid puan. sila hentikan semua makanan produk sampingan untuk kesihatan yang tak tentu lagi sihatnyer…
    the best thing to do untuk menjaga kesihatan ialah:
    1- tidur secukupnyer (7jam sehari)
    2- pengambilan air secukupnyer (lebih kurang 8 gelas setiap hari atau 1/2 gelas setiap satu jam)
    3- elakan lemak, santan,minyak
    4- kurangkan pengambilan gula (nasi juga gula), garam,
    5- banyakkan sayor dan fibre dalam makanan puan
    6- senaman secara berkala dan maintain berat badan
    7- berfikiran positive
    8- fall in love…….. kepada diri anda dan juga orang lain.
    Dapatkan nasihat doktor selalu mengenai kesihatan puan dan check darah (keseluruhan hanya RM150 sekali) satu kali setiap tahun.

    Komentar oleh Lynn — 18 Agustus 2008 @ 13:51 | Balas

  3. Buat pertama kalinya saya tergerak hati untuk menulis diruangan ini. Tujuan saya menulis ini adalah utk meminta pendapat daripada seseorang yg lebih arif tentang hal agama islam dan juga kesihatan badan.

    Komentar oleh Fardina — 18 Agustus 2008 @ 13:54 | Balas

  4. Saya berumur pertengahan 20-an. Masalah saya timbul sejak 2-3 bulan kebelakangan ini. Saya ada makan satu produk kesihatan (mkanan tambahan untuk wanita seperti saya) yang banyak diiklankan oleh majalah & tv. Pada mulanya segalanya berjalan lancar. Kemudian saya ada ambil satu produk herba, juga dari satu syarikat bumiputra yang sedang meningkat naik sekarang, saya makan produk pertama (sejenis serbuk yang kedua pula jenis kapsul) pada awal pagi sebelum sarapan. & produk yang kedua pada waktu malam atau petang juga sebelum makan. masuk minggu kedua saya makan kedua-dua produk itu, haid saya jadi tidak menentu. minggu ini saya kedatangan haid, hanya selang beberapa hari saya bersih dari darah haid kemudian darah saya turun lagi.

    Komentar oleh Fardina — 18 Agustus 2008 @ 13:59 | Balas

  5. 26 Agustus, 2008 – Published 19:59 GMT* Anwar Ibrahim kembali ke parlemen *Tokoh oposisi Malaysia Anwar Ibrahim kembali masuk parlemen, setelah menang dalam pemilihan sela dengan selisih suara menentukan.

    Komentar oleh BBC Indonesia — 27 Agustus 2008 @ 08:09 | Balas


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d blogger menyukai ini: